Monday, November 23, 2015

Veteran Umno bidas keangkuhan 'ketua negara koboi'

Persatuan Veteran Umno berang dengan tindakan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang mengadakan pertemuan dengan pemimpin NGO pro-pembangkang.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaacub berkata tindakan Obama itu tidak menghormati tuan rumah.

“Veteran Umno kesal dengan sikap Obama yang tidak tahu menghormati tuan rumah Malaysia apabila beliau membuat keputusan untuk berjumpa dengan kumpulan pembangkang dan anti kerajaan ketika kehadirannya sebagai tetamu negara dan menjalankan tugas rasmi menghadiri Sidang Kemuncak Asean.

“Sikap seperti ini jelas menunjukkan ketua negara koboi itu mahu menunjukkan keangkuhannya dan tidak sensitif terhadap negara tuan rumah,” katanya.

Mustapha juga mempersoalkan sama ada perjumapaan Obama dengan kumpulan anti kerajaan itu sebahagian daripada tugas rasmi dalam lawatannya ke negara ini.

Presiden Amerika Syarikat itu bertemu dengan pemimpin-pemimpin NGO seperti Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah; Penaung Negaraku Datuk Ambiga Sreenevasan; Pengarah C4 Cynthia Gabriel, dan Nisha Ayub dari kumpulan Justice for Sisters.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Malaysiakini, Premesh Chandran.

[Baca berita penuh]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-