Tuesday, November 24, 2015

Waran tangkap jika anak, isteri Azmin gagal beri keterangan polis esok

Published: 24 November 2015 9:40 PM
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali memberitahu sekiranya anaknya, Basheer gagal bekerjasama, waran tangkap akan dikeluarkan. Selain Basheer, isteri Azmin Shamsidar Taharin turut diarah memberi keterangan.Gambar fail The Malaysian Insider, 24 November, 2015.

Anak lelaki Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali yang berusia 15 tahun dipanggil polis esok untuk memberi keterangan berhubung dakwaan penglibatannya dalam perhimpunan Bersih sebelum ini.

Menerusi akaun Twitternya petang ini, timbalan presiden PKR itu turut memberitahu sekiranya anaknya gagal bekerjasama, waran tangkap akan dikeluarkan.

Selain Basheer, isteri Azmin Shamsidar Taharin turut diarah memberi keterangan.

"Anak saya, Basheer dan isteri saya dipanggil polis esok untuk siasatan perhimpunan aman Bersih.

"Sekiranya gagal hadir, waran tangkap," kata Azmin pada laman sosial twitternya @azminali hari ini.

Polis sebelum ini meminta anaknya hadir di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur 9 November lalu walaupun anaknya akan mula menghadapi peperiksaan akhir tahun pada hari yang sama.

Menurut Azmin, Polis mengeluarkan Notis Seksyen 111 mengarahkan anaknya untuk dirakam keterangan kerana perhimpunan aman Bersih.

Bagaimanapun, ahli Parlimen Gombak itu tidak menyatakan perhimpunan Bersih yang mana anaknya sebelum ini terlibat.

Namun polis menjelaskan anak lelaki Azmin dipanggil memberi keterangan berhubung pembabitannya dalam perhimpunan Bersih sejak September lalu dan bukan Julai seperti yang dilaporkan Bernama. – 24 November, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/waran-tangkap-jika-anak-isteri-azmin-gagal-beri-keterangan-polis-esok#sthash.fsD5q1v5.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-