Klik kelaman FB Wak Labu Farm

Thursday, December 31, 2015

2015 tahun paling mencabar buat 1MDB

ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD
31 DISEMBER 2015


KUALA LUMPUR
Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy menyifatkan tahun 2015 sebagai tahun paling mencabar buat mereka dan berharap 2016 akan memberi lebih banyak berita baik.

Beliau berkata, kerjasama daripada pihak media untuk memaparkan berita yang seimbang membantu dalam pelan rasionalisasi syarikat tersebut.

"Sepertimana yang anda semua tahu tahun 2015 sangat menarik dan menacabar kepada kami (1MDB).

"Saya cuba bekerjasama dengan anda semua (media) seperti yang anda nampak, kita ada perancangan untuk melaksanakan pelan rasionalisasi ini dengan baik.

"Terdapat beberapa perkara telah dicapai melalui perjanjian usahasama dengan IPIC, penjualan Edra Sdb Bhd, dan Bandar Malaysia. Sudah tentu tanpa sokongan pelbagai pihak kita tidak dapat melaksanakannya. Adanya sokongan daripada pihak media dengan laporan yang adil dan seimbang turut membantu menyiarkan berita baik dari kami," katanya dalam sidang media selepas majlis menandatangani perjanjian jual beli Bandar Malaysia, hari ini.

Menurut Arul, penjualan 60 peratus ekuiti 1MDB dalam Bandar Malaysia juga adalah langkah rasionalisasi yang dirancang pertengahan tahun lalu.

Sidang media yng diadakan 1MDB hari ini menarik perhatian pelbagai agensi berita yang menyifatkan inilah peluang untuk mendapat jawapan daripada persoalan-persoalan yang timbul mengenai syarikat tersebut.

Bagaimanapun, Arul berusaha mengelak untuk menjawab soalan daripada pemberita mengenai hal di luar perkara berkaitan majlis tersebut.

"Kita akan ada sidang yang lain, hari ini kami mahu fokus mengenai perjanjian yang dimeterai," katanya.

Cubaan beberapa media untuk bertanyakn mengenai kedudukan akaun semasa syarikat itu serta dakwaan laporan World Street Journal juga di tepis oleh Arul dengan baik

"Cubaan yang baik, namun bukan di sini (sidang media ini)," katanya sebaik diasak soalan yang sama.