Monday, December 21, 2015

....ada juga benarnya ucapan dari Datuk Umno ni........


‘Jangan undi pemimpin cakap merepek’

FMT Reporters | December 21, 2015

Cara itu dapat mengajar pemimpin supaya mereka 'sedar diri' dan sentiasa berfikir sebelum membuat saranan kepada rakyat.
PETALING JAYA: Pengundi disaran supaya ‘mengajar’ pemimpin-pemimpin yang sentiasa memberi nasihat dan saranan yang merepek kepada rakyat.

Timbalan Menteri Kewangan ll, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, caranya adalah dengan tidak memberi undi kepada pemimpin-pemimpin terbabit.

“Kalau pemimpin yang yang selalu bagi saranan tak praktikal, caranya mudah jangan bagi undi,” katanya ketika Majlis Ramah Mesra Anak Muda G20 bersama pemimpin anjuran Biro IPTA/ IPTS UMNO Bahagian Cheras, malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika menjawab persoalan hadirin ketika ditanya tentang kenyataan-kenyataan pemimpin tertentu yang didakwa tidak praktikal kepada rakyat.

Katanya, dengan cara itu sahaja, pemimpin itu akan ‘sedar diri’.

“Kalau kita bagi juga, ada yang tidak kenalah dengan kita,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-