Wednesday, December 30, 2015

Ahmad Maslan dakwa niatnya baik, media putar belit

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan berkata beliau bermaksud rakyat Malaysia yang menyukai media sosial boleh menukarkannya sebagai aktiviti yang mendatangkan keuntungan.Gambar fail The Malaysian Insider, 30 Disember, 2015.

Datuk Ahmad Maslan berkata beliau sebenarnya berniat baik apabila mencadangkan rakyat Malaysia melakukan 2 kerja untuk menampung kenaikan kos sara hidup, tetapi disalah ertikan.

Timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu berkata, media memutar belitkan kenyataanya dan diikuti orang awam, selepas saranannya rakyat boleh melakukan 2 kerja untuk menangani kos sara hidup.

Menurut ketua penerangan Umno itu, beliau hanya berniat baik apabila mencadangkan selain daripada pekerjaan tetap yang sedia ada, rakyat Malaysia boleh membuat perniagaan atas talian.

Beliau mengemukakan cadangan itu memandangkan rakyat Malaysia sangat menyukai media sosial dan ia boleh ditukar kepada aktiviti yang mendatangkan keuntungan seperti e-trade dan e-commerce.

“Rakyat Malaysia sangat suka melayari media sosial (taksub) seperti WhatsApp, Facebook hingga ke lewat malam, saya tidak tahu bagaimana itu membantu mereka,” katanya.

“Jika mereka belajar tentang e-commerce, mereka akan akan mendapat hasil,” katanya kepada Malaysiakini hari ini selepas melawat Malaysia Export Centre.

Ahmad berkata septutnya saranannya itu dilihat dari sudut positif, bukan sebaliknya.

Selepas diserang hebat, Ahmad mempertahankan dirinya di Twitter, mengatakan beliau mempunyai 3 kerja iaitu timbalan menteri, ahli Parlimen Pontian dan ketua penerangan Umno, namun dibalas dengan orang ramai menggelarnya pelawak.

Posting Twitter Ahmad tertulis, "Saya ada 3 kerja: Ahli Parlimen, Timb Menteri, Ketua Penerangan Umno. Ramai dah di Msia yang buat #2Kerja. Berusaha gigih cari rezeki yang halal."

Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah turut membidas saranan Ahmad itu dengan mengatakan, bagaimana hendak membuat 2 kerja sedangkan mencari 1 kerja pun susah di waktu ini.

Pelawak tempatan, Harith Iskander juga menyindir Ahmad melalui postingnya di Facebook dan Twitter, dengan mengatakan walaupun beliau dikenali sebagai seorang pelawak, beliau juga seorang pengacara, penulis,pelakon dan lain-lain tugas.

“Saya ialah pelawak, pengacara, penulis, pelakon, jurulatih, pengarah. Itu tidak bermakna saya mempunyai 6 jenis pekerjaan.

“Dalam konteks seorang penjawat awam, saya boleh kata saya memegang 6 jawatan.

“Kerja ialah sesuatu yang dilakukan sepanjang hari pada setiap hari. Jadi, untuk orang yang mempunyai 2 kerja bermakna dia bekerja minimum 2x8 jam sehari.

“Maknanya, 16 jam waktu bekerja, sehari,” katanya. – 30 Disember, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ahmad-maslan-dakwa-niatnya-baik-media-putar-belit#sthash.t7qneQCn.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-