Monday, December 21, 2015

Apa kata Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah tentang PAS di Sarawak........

PAS kurang pengaruh untuk bertanding di Sarawak, kata PKR

OLEH YASMIN RAMLAN
Published: 21 December 2015 6:46 PM

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, PAS mempunyai kurang pengaruh di Sarawak berbanding di Semenanjung Malaysia.Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Disember, 2015.

PAS mempunyai kurang pengaruh di Sarawak bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, kata Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dr Wan Azizah berkata demikian ketika mengulas mengenai sama ada PKR akan bekerjasama dengan Parti Amanah Negara (Amanah) dan PAS bagi PRN Sarawak yang dijangka awal tahun depan.

"Di Sarawak PAS kurang presence (pengaruh). PAS tak ada kerusi di sana. Presence PAS di Sabah dan Sarawak tidak sama (seperti) di Semenanjung (Malaysia)," katanya pada sidang media Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Pakatan Harapan di Petaling Jaya, Selangor hari ini.

Sebelum ini media melaporkan, Presiden Amanah Mohamad Sabu bercadang untuk meletakkan calon dalam pilihan raya Sarawak yang dijangka berlangsung tahun depan.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, perkara itu merupakan tumpuan utama partinya dalam masa terdekat ini.

Sementara itu, berhubung kerjasama antara PAS dan Umno, Dr Wan Azizah memilih untuk bersikap tidak masuk campur dan enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Dr Wan Azizah diminta mengulas berhubung laporan media semalam memetik Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan sebagai berkata, partinya bersedia memaafkan dan melupakan kesalahan Umno kerana ia merupakan sebahagian daripada ciri-ciri perjuangan mereka.

Bagaimanapun dalam kenyataan hari ini, Takiyuddin menafikan laporan media itu.

"Saya kira setiausaha agung PAS sudah berikan jawapan. Itu tanya merekalah," katanya. – 21 Disember, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-kurang-pengaruh-untuk-pilihan-raya-sarawak-kata-pkr#sthash.qDB3vSfW.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-