Thursday, December 17, 2015

Bos NFCorp: Saya dan anak mampu beli 8 lot pejabat

Kow Gah Chie 
 Hari ini, 9:29 malam Hari ini, 9:52 malam

Pengerusi National Feedlot Corporation (NFC) berkata beliau dan anak lelakinya mampu membeli lapan lot pejabat di KL Eco City tanpa menggunakan pinjaman mudah RM250 juta yang diberikan untuk projek fidlot.

Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail berkata demikian ketika disoal peguam Razlan Hadri Zulkifli di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam saman fitnahnya terhadap anggota parlimen Pandan Rafizi Ramli.

Selasa lalu, Salleh memberitahu mahkamah bahawa perkara itu tidak berlaku kerana bank menarik balik surat tawaran pinjaman pada Januari 2012 susulan asakan Rafizi dalam isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Hari ini, Salleh berkata anaknya Wan Shahinur Izran Salleh dan beliau sendiri mampu membayar ansuran bulanan untuk lapan lot pejabat itu untuk tempoh 20 tahun.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan sumber pendapatan untuk membayar pinjaman itu.

Razlan: (Jika pinjaman itu dibatal), kamu haru smembayar RM9,357 ke RM9,805 untuk setiap unit bagi tempoh 20 tahun. Ia mencatat sehingga RM59,000 pembayaran balik pinjaman sebulan. Jumlah ini banyak.

Salleh: Berbanding dengan apa? Dalam rancangan kami, kami mampu.

Razlan: Kamu tidak berhak ambil wang dari NFC?

Salleh: Tidak

[Baca berita asal]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-