Thursday, December 17, 2015

Bukan UMNO yang terdesak Tapi PAS, kata Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara

by ARIANNA
Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin berkata terpulang kepada kebijaksanaan Umno untuk mencari ruang yang menang-menang tanpa menjatuhkan maruah PasGambar FMT

KOTA BHARU – Dakwaan pelbagai pihak mengatakan Umno terdesak untuk bekerjasama dalam politik dengan Pas adalah tidak tepat, malah Umno menang PRU13 sebelum ini dengan kekuatannya sendiri.

Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin berkata, Pas sebenarnya kini berdepan keadaan bersimpang siur apabila terpaksa mencari kawan untuk menang kali ini dan hanya Umno sahaja yang boleh menyelamatkan Pas daripada kembali ke zaman pra-Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“DAP telah membuli Pas dan tiada reaksi apa-apa daripada Pas. Di Selangor, Pas masih lagi bergantung di tepi kain PKR dan DAP. Perlanjutan masa depan Pas jelas bergantung pada Umno.

“Cuma Pas sekarang ini malu dan segan untuk terlibat dalam kerangka kerajaan perpaduan. Maka terpulang kepada kebijaksanaan Umno untuk mencari ruang yang menang-menang tanpa menjatuhkan maruah Pas,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, walaupun MCA dikatakan tidak membenarkan Pas menyertai Umno jika melaksanakan hudud, MCA sebenarnya didakwa seperti naga tidak bertaring dan tidak berkuku yang hanya bercakap besar walaupun berdepan cabaran untuk memenangi kembali pengundi kaum Cina.

Ditanya, adakah Pas boleh melupakan seketika janji pelaksanaan hudud di Kelantan, semata-mata untuk meluaskan kuasa pentadbiran bersama Umno selepas ini, Dr Shamsul Amri berkata, sebenarnya ia bukan lagi isu kerana Adun Umno sendiri telah menyokong keputusan melaksanakan hudud di Kelantan sebelum ini.

Maka katanya, yang perlu dirundingkan ialah cara proses pelaksanaan hudud itu dilakukan, bukanlah sekali gus tetapi berperingkat.

“Ini mengambil masa yang agak panjang. Mungkin lima tahun atau lebih, itu pun kalau Pas masih memerintah Kelantan dan bukan Umno. Mengapa lambat proses pelaksanaan kerana ia memerlukan sumber manusia, latihan dan dana untuk menjayakannya, bukan tiba-tiba boleh dilaksanakan.

“Malah jika bekerjasama dengan Umno, Pas mempunyai banyak peluang untuk terus berkuasa kerana Pas sekarang dalam keadaan lemah dari segi politik dan ekonomi. Kekuatan Pas dulu datang daripada kelompok penyokong Anwar Ibrahim yang masuk Pas.

“Sekarang kumpulan ini telah keluar dan buka sebuah warung politik baharu, namanya Parti Amanah Negara. Datang PRU14, warung ini mungkin terus ditutup kerana tiada pelanggan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-