Friday, December 4, 2015

Hukuman mati empat pembunuh Sosilawati dan tiga mangsa kekal

Panel tiga anggota itu sebulat suara memutuskan sabitan terhadap mereka adalah kukuh.

PUTRAJAYA, 4 Disember:
Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman mati terhadap empat lelaki, kerana membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga pembantunya, lima tahun lepas.

Keempat-empat lelaki itu ialah bekas peguam, N. Pathmanabhan, 45, dan pembantu ladang T. Thilaiyalagan, 23, R.Matan, 24, serta R. Kathavarayan, 35.

Panel tiga anggota yang dipengerusikan Hakim Datuk Aziah Ali itu, sebulat suara memutuskan sabitan terhadap mereka adalah kukuh.

Penghakiman dibacakan hakim, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat.

Turut bersidang bersama panel itu ialah hakim, Datuk Seri Zakaria Sam.

Mereka menolak rayuan keempat-empat lelaki itu dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 25 Mei 2013 yang mendapati mereka bersalah membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, dan menjatuhi hukuman mati terhadap mereka.

Mereka didakwa melakukan pembunuhan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, di Banting, antara jam 8.30 malam hingga 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Sosilawati dan tiga pembantunya dilaporkan hilang, selepas mereka dikatakan pergi ke Banting untuk urus niaga jualan tanah.

Kehilangan mereka menjadi tajuk utama akhbar tempatan di seluruh negara.

Keempat-empat lelaki itu ditahan dan didakwa di mahkamah pada 2011.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/12/04/hukuman-mati-empat-pembunuh-sosilawati-dan-tiga-mangsa-kekal/#ixzz3tKbURCh5

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-