Monday, December 21, 2015

Jangan layan kumpulan sakit hati lihat PAS-UMNO sepentas - Tuan Ibrahim

MELAYU BERWAWASAN 

Pimpinan serta ahli PAS tidak perlu menghabiskan masa melayani kumpulan yang sentiasa sakit hati kerana dasar dan perjuangan parti itu, apatah dengan kesediaan Presiden parti sepentas bersama Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kesediaan Datuk Seri Abdul Hadi Awang berada sepentas atau mengadakan pertemuan dengan pemimpin kerajaan adalah jiwa besar yang seharusnya menjadi kebanggaan seluruh ahli parti.

Dan ini tentunya akan menyempitkan dada mereka yang sentiasa sakit hati dengan dasar dan perjuangan PAS khususnya mereka yang melihat sepentas ini bermakna ia akan menjadi separti atau akan menjadi satu parti.

“Kita tiada kena mengena dengan mereka,” katanya kenyataan, Sabtu sambil menambah bahawa PAS akan terus istiqamah di atas dasar Islam dan bersedia untuk terus duduk semeja dengan sesiapa sahaja bagi membincangkan isu negara melangkaui sempadan parti politik.

Tegasnya, sebagai sebuah parti yang besar kita mesti mempunyai jiwa besar bagi menghadapi isu besar ummah dan negara.

“PAS akan terus menentang kemungkaran yang membahayakan rakyat dan negara,” katanya.

Menurut Tuan Ibrahim, tiada apa yang pelik untuk Presiden PAS sepentas dengan Najib kerana presiden terdahulu seperti Al Marhum Datuk Fadhil Nor dan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah sepentas dengan Tun Dr Mahathir Mohamad membicarakan soal Palestin.

“…Dan kini Tuan Guru Presiden berada di pentas dengan Datuk Seri Najib atas idu perpaduan ummah,” katanya.

Bagaimanapun, tegas beliau, Hadi dalam ucapan di Multaqa Serantau Alumni Al Azhar Malaysia tiga hari lalu turut menegur Perdana Menteri dan barisan kerajaan dan memberi amaran agar tidak mengundang kuasa asing dalam menyelesaikan masalah negara.

“Apa yang berlaku di negara-negara Islam harus dijadikan pengajaran. Ini yang diingatkan oleh Presiden PAS bahawa campurtangan asinglah menjadi punca kehancuran beberapa buah negara di Asia Barat. Jangan kita mengambil langkah yang sama di rantau ini,” jelas beliau lagi.

Sementara itu, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS, Khairil Nizam Khirudin berpendapat, PAS dan UMNO akan mempunyai kekuatan yang jitu jika bersatu dengan meletakkan kepentingan politik demi kepentingan ummah dan negara serta kembali ke jalan Allah.

Kepentingan politik yang dimaksudkan beliau adalah secara khusus dengan mengenepikan politik sempit, perkauman dan ideologi serta kepentingan peribadi.

“Kerajaan sekarang perlu merdeka sepenuhnya dan memimpin negara ini dengan cara kta sendiri, kita perlu mengislamkan demokrasi, menukar Islamiphobia kepada rasa cinta dan hormat pada Islam.

“Islam memimpin negara dan dunia tanpa mengabaikan hak mereka yang berbeza agama,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pertemuan Hadi dan Najib dalam Majlis Multaqa Serantau Alumi Al-Azhar Malaysia, kelmarin.

Dalam majlis tersebut, Najib dengan secara terbuka telah menawarkan kerjasama dengan PAS dengan menyatakan betapa pentingnya perpaduan dan kesatuan ummah, sebaliknya betapa bahayanya apabila umat Islam terjebak dalam kancah perbalahan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-