Klik kelaman FB Wak Labu Farm

Wednesday, December 2, 2015

Kalau Muhyiddin dapat rasa akan dipecat, mungkin benar akan berlaku - Ku Li

Faiz Zainudin
 December 2, 2015

KU Li dan Ku Nan mengulas kenyataan Muhyiddin Yassin yang beliau sudah bersedia dipecat oleh UMNO.
KUALA LUMPUR: Sekiranya Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat merasakan yang beliau akan dipecat sebagai ahli UMNO, perkara itu mungkin akan menjadi kenyataan.

Pandangan itu diberikan veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah dengan merujuk kepada kenyataan Muhyiddin bahawa beliau akur sekiranya dipecat.

“Saya pun tidak boleh nak baca sikap dia (Muhyiddin), kalau itu perasaanya (apa yang dia rasa) mungkin itulah barangkali akan berlaku, ” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen pada Rabu.

Sementara itu, nada berbeza diberikan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor apabila hanya mampu mengeluh setelah ditanya kenyataan Muhyidin hari ini yang menyifatkan dirinya akan dilayan seperti tunggul oleh Ahli Majlis Tertinggi (MT) semasa Perhimpunan Agung UMNO ( PAU) nanti.

Katanya, beliau tidak faham apa maksud sebenar bekas Timbalan Perdana Menteri itu, malah mengakui pening kepala untuk melayan karenah Muhyiddin.

“Pasal apa dia (Muhyiddin) nak rasa macam tunggul. Saya pun tak tau macam mana nak komen lah. Saya pun tak reti lah.

“(Muhyiddin tidak takut dipecat) dia boleh cakaplah apa dia nak cakap. Saya tak nak komen, pening kepala,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin Yassin mengesahkan bahawa beliau akan hadir pada Perhimpunan Agung UMNO ( PAU) dalam masa yang sama menzahirkan rasa sedihnya apabila MT UMNO melayannya seperti tunggul.

Malah beliau akur dengan keputusan parti sekiranya dipecat dari UMNO.

- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/12/02/kalau-muhyiddin-dapat-rasa-akan-dipecat-mungkin-benar-akan-berlaku-ku-li/#sthash.BeyyrcdW.dpuf