Tuesday, December 15, 2015

Kelewatan penyerahan laporan Ketua Audit mengenai 1MDB kepada PAC

Lu Wei Hoong

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) tidak akan menerima laporan akhir Ketua Audit Negara mengenai 1MDB seperti yang dijadualkan Khamis ini.

Malaysiakini difahamkan kelewatan itu adalah atas permintaan dari Ketua Audit Negara.

PAC dijadual bermesyuarat pada hari Jumaat (18 Disember) di mana ia mungkin dapat memberi bayangan bila laporan akhir Ketua Audit Negara mengenai 1MDB akan diserahkan kepada PAC.

Pengerusi PAC Datuk Hasan Ariffin enggan mengulas mengenai perkara itu.

"Kami akan keluarkan kenyataan akhbar, mungkin esok atau Khamis," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, Hasan telah berkata PAC akan menerima laporan pada 17 Disember

PAC telah menerima laporan awal Ketua Audit Negara mengenai 1MDB pada 9 Julai tetapi ia tidak akan didedahkan kepada umum sebelum dibentangkan ke Parlimen.

Pendengaran PAC terhadap 1MDB terganggu apabila pengerusi ketika itu, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan tiga anggota PAC dari BN telah dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri dalam rombakan kabinet Julai lalu.

Selepas tiga bulan, Hasan, yang merupakan ahli Parlimen Rompin, telah dilantik sebagai pengerusi baru PAC dan kekosongan anggota jawatankuasa ituturut diisi.

Berikutan itu, PAC menyambung semula siasatan terhadap 1MDB yang bergelut untuk membayar balik hutangnya AS$11 bilion, di tengah-tengah dakwaan berlaku penyelewengan.

[Baca berita penuh]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-