Friday, December 11, 2015

Mahuz akui Melayu kembali bersatu jika PAS, UMNO jalin kerjasama


KUALA LUMPUR – Pemimpin PAS, Datuk Mahfuz Omar mengakui orang Melayu akan kembali bersatu sekiranya PAS menerima jalinan kerjasama dengan UMNO seperti yang disebut Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Beliau berkata, kerjasama PAS dengan UMNO akan memberi kelebihan kepada UMNO dan PAS kerana kaum Melayu di kedua-dua belah parti akan kembali menyokong sesama mereka.

“Najib sudah dapat membaca dan berusaha untuk menjadikan perpecahan undi melayu hanya tinggal pada dua kelompok sahaja iaitu Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (BN).

“Inilah lontaran hasrat kerjasama dengan PAS di sebalik kalimah Silaturrahim. Najib juga mengharapkan jika kerjasama ini menjadi kenyataan, UMNO akan mendapat limpahan sokongan undi melayu daripada PAS dan PAS juga akan mendapat limpahan sokongan undi Melayu daripada UMNO,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Mahfuz, adalah mustahil PAS akan menyertai Pakatan Harapan kerana ketegangan politik PAS dengan DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) sukar untuk diredakan walaupun Parti Keadilan Rakyat (PKR) berusaha memujuk PAS

Justeru, beliau melahirkan rasa kesal kerana pemimpin PAS enggan menyertai Pakatan Harapan.

Najib dalam Perhimpunan Agung UMNO 2015 semalam menegaskan parti itu bersedia menghulurkan ukhwan dengan PAS demi perpaduan agama Islam dan bangsa Melayu.

Kenyataan itu mendapat kecaman teruk pemimpin Pakatan Harapan dengan mendakwa kerjasama itu berbaur perkauman.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-