Sunday, December 6, 2015

Mat Sabu tak kisah jadi alat DAP

Datuk Mustafa Ali kenyataan Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu yang mengaitkan Pas dengan kumpulan militan Negara Islam (IS) adalah strategi DAP untuk terus memburukkan Pas yang kini dianggap sebagai musuh nombor satu DAP. Foto fail TRP

KUALA LUMPUR, 5 Disember:

Pengarah Pilihanraya Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali menyifatkan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu tidak kisah menjadi alat atau jurucakap DAP semata-mata untuk menyelamatkan dirinya.

Apa lagi ketika ini, persepsi umum sudah pun melihat PAN sebagai tidak lebih daripada proksi DAP.

Mustafa berkata, malah, kenyataan Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu yang mengaitkan Pas dengan kumpulan militan Negara Islam (IS) adalah strategi DAP untuk terus memburukkan Pas yang kini dianggap sebagai musuh nombor satu DAP.

“Mengikut sumber dalaman, kenyataan ini sebenarnya tidak dipersetujui oleh sebahagian besar pimpinan utama PAN. Dan Mat Sabu membuat kenyataan ini tanpa merujuk dan mendapat restu mereka.

“Ketika ini, Mat Sabu dilihat lebih mementingkan survival politiknya sendiri berbanding PAN yang dia sendiri sudah sedar telah kehilangan ‘steam’ dan momentum setelah hanya beberapa bulan ditubuhkan.

“Walaupun majoriti pengundi Cina menyokong DAP tetapi masih terdapat sebahagian mereka yang masih menyokong Pas,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Mustafa mendakwa, DAP di bawah pimpinan Lim Guan Eng mahukan dominasi total ke atas pengundi Cina apatah lagi dalam suasana menghadapi pilihan raya negeri Sarawak.

Oleh itu, katanya, Mat Sabu cuba mengaitkan Pas dengan IS untuk menakutkan-nakutkan pengundi Cina.

“Khabarnya, Mat Sabu juga sudah mendapat jaminan Lim Guan Eng untuk bertanding di satu kawasan selamat dalam PRU (Pilihan Raya Umum) ke-14 akan datang sama ada di bawah simbol PAN atau DAP.

“Ini kerana Mat Sabu sedar bahawa kedudukannya sebagai Presiden PAN goyah kerana pengaruh kumpulan Islamis Ikram, Alami dan lain-lain mula meresap dalam PAN dan golongan ini tidak senang dengan Mat Sabu yang mempunyai latar belakang yang diketahui umum,” katanya.

Oleh itu, katanya, walaupun tuduhan itu berniat jahat tapi provokasi itu tidak akan memberi kesan kepada Pas kerana rakyat dan masyarakat umum sudah memahami pendirian Pas.

Sebaliknya beliau berkata, ia akan mengesahkan pandangan rakyat bahawa PAN dan Mat Sabu adalah proksi DAP sebagai satu realiti bukan lagi sekadar satu persepsi.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/12/05/mat-sabu-tak-kisah-jadi-alat-dap/#ixzz3tSfAYGd4

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-