Saturday, December 12, 2015

Memang patut pun, bangsa yang tak tau mengenang budi........

WAKIL MELAYU UMNO GESA JANGAN BERI PROJEK KEPADA SYARIKAT PRO-DAP, MCA TAKPA?
by ARIANNA2015-12-12
Kerajaan tidak sepatutnya memberikan projek besar kepada tauke yang didapati menyokong DAP, kata pembahasan usul ekonomi Datuk Abdullah Mat Yassim.

Menurut Abdullah, kerajaan perlu berhati-hati kerana “tauke-tauke besar” yang dimaksudkannya itu memperoleh banyak projek utama.

Di sebalik pemberian projek itu, kata Abdullah, tauke terbabit didapati cenderung menyokong DAP.

“Saya nak minta tolong ketua jabatan atau pimpinan di atas, saya lihat tauke-tauke besar banyak dapat projek besar. Saya nak pastikan supaya projek-projek ini tidak jatuh ke tangan (pihak) pro-DAP, betul tak?” katanya kepada perwakilan di hari terakhir Perhimpunan Agung Umno 2015 hari ini.

Menurut Abdullah, ada syarikat besar yang mendapat projek utama kerajaan “menyumbang kepada DAP”.

Sementara itu, Abdullah turut mempertikaikan mengapa pemimpin Umno begitu marah kepada presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak sedangkan beliau begitu prihatin kepada rakyat yang ditimpa masalah.

“Penyampaian bantuan kerajaan pusat kepada rakyat, saya tengok di Kelantan ada bantuan daripada kerajaan pusat..

“Saya mula-mula tengok, wang banjir (kemudian) wang bantuan sekolah, BR1M. Zaman Datuk Seri Najib ini semua perkara dapat sumbangan dan bantuan daripada kerajaan pusat. Kenapa pemimpin sebelum ini marah sangat kepada Datuk Seri Najib?” katanya.

Abdullah dalam pada itu menggesa agar pimpinan Umno menyaman pihak pembangkang yang membuat fitnah kepada parti dan pemimpin Umno.

“Saya nak minta presiden, timbalan presiden jika ada pihak pembangkang buat fitnah mengeluarkan isu tidak munasabah, saya minta saman terus ajar mereka, betul tak?

“Saya katakan, Datuk Seri, jangan risau. Semua (ahli) sanggup mati bersama Datuk Seri, you are not lonely,” katanya. – Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-