Thursday, December 10, 2015

Muhyiddin, Shafie kekal ahli Umno, Najib sahaja gulung

Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal masih kekal sebagai Timbalan Presiden dan Naib Presiden Umno. Foto TRP/ Siti Syahirah Roslan
KUALA LUMPUR, 9 Disember:

Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal masih kekal sebagai Timbalan Presiden dan Naib Presiden Umno.

Perkara itu disahkan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin selepas selesai mesyuarat khas Majlis Tertinggi Umno di Menara Onn di sini.

Selain itu kata Khairy, mesyuarat juga membincangkan soal penggulungan ucapan dasar Presiden di dalam Perhimpunan Agung Umno 2015 pada Sabtu ini.

Kata Khairy, Majlis Tertinggi Umno secara konsensus memutuskan hanya Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak akan menggulung ucapan dasar.

Keputusan tersebut menyaksikan Muhyiddin tidak akan berucap dalam persidangan kali ini.

Perkara yang sama turut berlaku dalam Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri hari ini.

Hanya ketua-ketua sayap pergerakan yang menggulung ucapan dasar pergerakan masing-masing.

Sementara itu, Muhyiddin ketika ditemui pemberita, akur dengan keputusan itu tetapi kecewa apabila hak beliau sebagai Timbalan Presiden terus ditolak dari awal hingga ke akhir.

“Saya kecewa, saya merayu dengan Datuk Shafie untuk saya diberi peluang berucap nampaknya tidak boleh juga. Daripada perbincangan itu ada yang menghalang tadi.

“Saya tidak tahu kenapa, tapi itulah keputusannya.

“Saya tidak berapa setuju. Sepatutnya bagilah ruang dan peluang, itu amalan biasa tetapi Majlis Tertinggi sudah buat keputusan. Apa yang saya nak kata,” katanya.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/12/09/muhyiddin-shafie-kekal-ahli-umno-najib-sahaja-gulung/#ixzz3tq3m6Uty

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-