Tuesday, December 15, 2015

Najib temu Hadi Sabtu ini

AKHBAR CINA
DI KUALA LUMPUR - 15 DEC 2015


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadualkan bertemu dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam majlis anjuran Alumni Universiti Al-Azhar pada malam Sabtu ini.

China Press melaporkan, Najib dijangka merasmikan majlis tersebut sementara Abdul Hadi akan menyampaikan ucapan.

Pertemuan dua pemimpin itu mencuri tumpuan selepas Najib menghulurkan tali silaturahim kepada Pas.

Sumber memberitahu, pertemuan mereka dijangka membawa perkembangan baharu dalam kerjasama antara UMNO dan Pas terutamanya dalam soal mengenai Islam.

"Ia bagaimanapun masih terlalu awal untuk merumuskan sama ada UMNO dan Pas akan berpakat," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-