Wednesday, December 9, 2015

Nasib Muhyiddin, Shafie diketahui malam ini


Mesyuarat Majlis Tertinggi Khas UMNO yang bakal berlangsung pukul 8 malam ini dijangka memutuskan nasib dua tokoh, Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal.

Mesyuarat itu dilihat penting kerana ia bukan lagi persoalan sama ada Muhyiddin boleh menyampaikan ucapan semasa sesi penggulungan, tetapi lebih kepada nasib beliau di dalam parti terbesar orang Melayu itu.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Selasa telah memberi bayangan apa yang menanti Timbalan Presiden UMNO itu.

Tengku Adnan dilaporkan berkata, Muhyiddin dilihat telah melampaui batasan ketika berucap di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru pada malam Isnin.

Kata beliau, Muhyiddin boleh hilang jawatan akibat daripada sikap serta perbuatan tersebut.

"Beliau mungkin hilang jawatannya dan ia bergantung kepada keputusan Lembaga Disiplin," kata Tengku Adnan.

Malah, bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga tidak menghadiri majlis Taklimat Presiden Umno di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Selasa malam.

Bagaimanapun, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang turut digugurkan dalam rombakan Kabinet pada Julai lalu, menghadiri taklimat berkenaan.

-Astro Awani

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-