Friday, December 25, 2015

Pas ada agenda untuk bertanding di PRN Sarawak

Datuk Alwi Che Ahmad menunjukkan isyarat bagus selepas Program Kembali Ke Sekolah bersama anak yatim dan pelajar miskin yang dibelikan baju sekolah dan beg di DUN Kok Lanas, hari ini. Foto TRP/ Adnan Mohamad

KETEREH, 24 Disember 2015:
Keputusan Pas untuk bertanding di 11 Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dilihat hanya sekadar mahu menunjukkan kepada rakyat yang parti terbabit mampu bertanding di mana-mana sahaja.

Setiausaha Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata, Pas sepatutnya sedar hanya dua parti sahaja yang dominan di Sarawak iaitu BN dan Dap.

“Saya percaya Pas sekadar hanya nak tunjuk kepada rakyat yang mereka boleh bertanding di mana mana. Tetapi dia lupa di sana (Sarawak) parti luar Sarawak akan ditolak oleh orang Sarawak.

“Begitu juga dengan Dap yang diketahui sebagai parti yang berpusat di Semenanjung,” katanya.

Ditanya adalah tindakan Pas bertanding di Sarawak itu mempunyai motif tertentu, Md Alwi yang juga Ketua Penerangan Umno Kelantan percaya Pas sudah pasti mempunyai muslihat tertentu.

“PAS mungkin ada muslihat sebab dalam politik ini memang banyak muslihat. Ini saya rasa boleh ditanya kepada Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Muhamad Abduh Nik Aziz kerana beliau seorang yang banyak muslihat.

“Muslihat politik ini banyak. Mungkin Pas buat-buat nak bertanding tapi sebenarnya tidak bertanding pun atau Pas ini banyak duit nak bayar deposit,” katanya dengan nada sinis.

Difahamkan, sekalipun Pas hampir menang di DUN Beting Maro pada PRN 2006 yang mana kawasan terbabit merupakan kawasan Melayu tetapi ia bukanlah menunjukkan kekuatan Pas hebat tetapi disebabkan faktor calon dan tempatan di situ.

Sekali pun jumlah kerusi yang ditandingi meningkat berbanding hanya lima DUN sebelum ini namun Pas sukar untuk menang kerana imejnya yang dilihat agak ekstrem terutamanya oleh pengundi di kawasan bukan Islam yang mana berpegang teguh kepada ajaran Kristian dan kepercayaan lama.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/12/24/pas-ada-agenda-untuk-bertanding-di-prn-sarawak/#ixzz3vFjZGlMN

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-