Tuesday, December 22, 2015

PAS akan buktikan kekuatannya di Sarawak

PAS bertanding 11 kerusi DUN di Sarawak
Iskandar menyangkal dakwaan PAS tidak mendapat sambutan di Sarawak. - Foto arkib TRP/ Mokhsin Zamani

KUALA LUMPUR, 22 Disember:
PAS akan bertanding di sekurang-kurangnya 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang.

Naib Presidennya, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, jumlah tersebut merupakan penambahan enam kerusi, berbanding hanya lima kerusi yang telah dipertandingkan PAS pada PRN lalu.

Menurutnya, PAS telah mula bertanding di Sarawak sejak 1996 dan aktif di 11 kawasan, selain mempunyai lebih 2,000 aktivis yang bersedia bila-bila masa untuk menghadapi pilihan raya.

“Program-program PAS, seperti program kemasyarakatan, dakwah dan pendidikan sentiasa digerakkan serta mendapat sambutan masyarakat tempatan.

“Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem pernah membuat kenyataan tentang program-program PAS di Sarawak, maka ini bermakna kewujudan PAS dirasai kerajaan negeri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas exco kanan Kerajaan Negeri Selangor itu lagi, gerak kerja PAS di Sarawak kebanyakannya digerakkan anak-anak tempatan.

“Dewan Himpunan Penyokong PAS yang terdiri daripada mereka yang bukan beragama Islam juga memainkan peranan penting.

“Oleh itu, tidak benar sama sekali PAS di Sarawak tidak mendapat sambutan di negeri berkenaan,” ujarnya.

Semalam, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendakwa PAS kurang pengaruh di Sarawak.

Selain tidak mempunyai pengaruh di Sabah dan Sarawak, katanya, PAS juga tidak mempunyai sebarang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) mahupun Parlimen di kedua-dua negeri itu.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/12/22/pas-bertanding-11-kerusi-dun-di-sarawak/#ixzz3v1s59PzP

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-