Friday, December 4, 2015

PM: Henti fitnah, tiap hari saya cuba majukan negara

Perdana menteri menggesa orang ramai supaya tidak melayan perkara-perkara yang boleh mengalihkan tumpuan daripada usaha membangun dan memodenkan negara.

Datuk Seri Najib Razak berkata setelah merdeka, perjuangan kini untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.

“Matlamat ini sangat jelas dan setiap hari saya sebagai perdana menteri memberi tumpuan sepenuh tenaga dan usaha saya bagi membawa Malaysia ke arah matlamat ini.

“Destinasi ini menjanjikan kehidupan yang lebih baik untuk semua.

“Janganlah kita melayani perkara-perkara yang boleh mengalih perhatian kita daripada berusaha ke arah mengisi visi tersebut,” katanya.

Rakaman ucapan Najib itu dimuat naik ke blog beliau hari ini bersama transkripnya.

Dalam kenyataan itu, Najib juga meminta orang ramai menghentikan perbalahan, menyebar dan mempercayai fitnah serta melakukan kerja-kerja yang tidak bermanfaat.

“Marilah kita bersama-sama dalam satu ikatan yang padu demi menjamin kesejahteraan Malaysia dan menjayakan visi negara kita, insya-Allah,” katanya.

Najib juga menegaskan bahawa kehidupan rakyat Malaysia akan lebih bermakna apabila perjuangan untuk keluarga, agama, bangsa dan negara membuahkan hasil.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-