Saturday, December 5, 2015

Satu-satunya Naib Presiden Umno yang berani bersuara tentang penjelasan 'derma' RM2.6 bilion oleh TPM

Penjelasan derma RM2.6 bilion di Parlimen tidak mencukupi, kata naib presiden Umno

OLEH MD IZWAN
Published: 4 December 2015 9:22 PM

Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal berkata, sejak dari awal sudah menggesa supaya penjelasan berhubung wang derma dalam akaun perdana menteri, namun sebaliknya yang berlaku apabila Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi yang membuat penjelasan di Dewan Rakyat. Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Disember, 2015.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal melihat penjelasan berhubung wang derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak di Parlimen sebagai tidak mencukupi dan menggesa supaya kebenaran ditegakkan.

Beliau berkata, sejak dari awal sudah menggesa supaya penjelasan berhubung wang derma dalam akaun perdana menteri, namun sebaliknya yang berlaku apabila Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi yang membuat penjelasan di Dewan Rakyat.

"Penjelasan, penerangan tentang perkara ini perlu, itu saya katakan daripada awal perlu ada penjelasan.

"Tidak mencukupi hanya penerangan seumpama itu di Parlimen kalau pun sudah dijelaskan," kata Shafie kepada pemberita dalam satu program di Pulau Selakan, dekat Semporna di Sabah hari ini.

Berdasarkan penjelasan timbalan perdana menteri, Shafie berkata masih terdapat persoalan yang belum terjawab memandangkan ia masih dalam siasatan dan terdapat kes yang sedang berjalan di mahkamah.

"Jadi masih ada kes lagi sama ada kes di mahkamah atau perlukan siasatan, jadi perlu penerangan jelas seperti perbahasan, yang penting adalah kebenaran," katanya.

Isu wang derma RM2.6 bilion dalam akaun Najib mencetuskan kontroversi.

Pada Khamis, Najib tidak hadir ke Dewan Rakyat walaupun pada awalnya berjanji untuk menjelaskan mengenai wang derma tersebut.

Zahid yang mewakili Najib membacakan jawapan kepada isu itu tanpa menerima sebarang soalan daripada mana-mana ahli Parlimen.

Najib juga ketika ini berdepan saman bekas ahli Wanita Umno, Anina Saadudin yang memfailkan saman terhadapnya dan Setiausaha Kerja Datuk Ab Rauf pada 28 Ogos lepas, antaranya bagi menuntut RM2.6 bilion (AS$650 juta) yang didakwa dimasukkan ke dalam satu akaun bank bukan milik Umno di Singapura dipulangkan. – 4 Disember, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/penjelasan-derma-rm2.6-bilion-di-parlimen-tidak-mencukupi-kata-naib-preside#sthash.iciTTgKv.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-