Wednesday, December 2, 2015

Seniwati Mariani meninggal dunia

Biduanita Mariani atau nama sebenarnya Mariam Ismail, 82 tahun meninggal dunia di rumahnya di Kuala Lumpur sebentar tadi. – Gambar Instagram, 1 Disember, 2015.

Biduanita Mariani atau nama sebenarnya Mariam Ismail, 82 tahun meninggal dunia di rumahnya di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Perkara itu diumumkan anak beliau pelakon Melissa Saila menerusi akaun Instagramnya.

"Ibu saya Mariam @ Mariani binti Ismail baru menghembuskan nafas terakhir beliau pada 7.32 mlm.

"Jenazah di 12A, Lorong Sentul Jaya 3,Taman Kosmo Jaya, Sentul. Rancangan pengkebumian akan diberitahu kelak," tulis Melissa.

Seniwati kelahiran Tanjung Pagar, Singapura yang merupakan kakak kepada biduanita Puan Sri Saloma ini meninggalkan 13 orang anak daripada perkahwinannya sebanyak 3 kali.

Di antara filem lakonannya yang diingati ramai ialah Labu Labi, Nasib Si Labu Labi dan Tiga Abdul bersama Tan Sri P Ramlee. – 1 Disember, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/seniwati-mariani-meninggal-dunia#sthash.QJPfhQs2.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-