Wednesday, December 9, 2015

Shafie Apdal pula beri amaran kepada Tengku Adnan

KUALA LUMPUR, Rabu – Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal menegur tindakan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang memberi amaran kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, sedangkan beliau hanyalah berjawatan Setiausaha Agung sahaja.

Sambil memberi amaran kepada Tengku Adnan supaya tidak bersikap demikian, Shafie berkata, beliau juga berhak menegur Menteri Wilayah Persekutuan atas perbuatannya memberi amaran kepada Muhyiddin.

“Saya kerja untuk Umno. Saya bukan kata jangan undi…jangan bantu Umno. Oleh kerana saya nak bagi pandangan pun saya nak kena pecat? Parti apa yang kita nak suburkan dalam Umno ini?

“Seumpama bila Tengku Adnan kata ‘don’t cross the line’. Dia cuma Setiausaha Agung. Nak bagi amaran kepada timbalan presiden boleh… kita (saya) nak tegur, dia Setiausaha Agung nak beri amaran kepada Timbalan Presiden parti.

“Saya Naib Presiden tak boleh nak bagi amaran kepada Setiausaha Agung? Jangan buat…,” katanya mengulas tindakan Tengku Adnan yang memberi kata dua kepada Muhyiddin supaya tidak melampaui batas ketika berucap, jika tidak mahu tindakan di ambil ke atasnya.

Semalam, Muhyiddin berucap di hadapan ribuan penyokong UMNO pada satu majlis di Kampung Baru. Majlis turut dihadiri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Shafie.

Shafie berkata, tindakannya menegur parti itu bukan untuk menghancurkan UMNO.

“Umno ini bukan kuat sangat. Apabila sebuah parti tidak kuat berhadapan dengan cabaran, jangan anggap kita kuat.

“Bukan ertinya bila kita bagi pandangan, nak menegur, kita nak matikan Umno. Tidak ada. Tidak terlintas langsung dalam hati kita nak matikan Umno. Takkanlah bodoh, saya selaku Naib Presiden nak matikan Umno?,” katanya.

Katanya lagi, memecat ahli bukan menjadikan parti itu kuat.

“Ramai yang kita pecat, jangan anggap kita akan jadi lebih kuat. Kita nak meramaikan ahli, nak meramaikan sokongan bukan mengurangkan sokongan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-