Wednesday, December 9, 2015

'Sila berundur kalau mahu runtuhkan Umno'

Shakira Buang
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin memberi amaran kepada mana-mana pihak yang cuba meruntuhkan parti Melayu terbesar itu agar segera berundur.

Khairy berkata demikian ketika diminta mengulas antara Presiden, Datuk Seri Najib Razak dengan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin siapakah yang perlu berundur.

"Itu, saya rasa semua dalam dewan faham siapa yang saya maksudkan.

"Kita cakap dalam konteks parti. (Berkaitan) mereka yang ada dalam institusi parti sekarang, mereka yang ingin meruntuhkan institusi parti, yang separuh kaki di luar dan separuh lagi dalam parti," kata Khairy.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas selesai perbahasan pergerakan Pemuda di PWTC sebentar tadi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-