Saturday, December 19, 2015

Tafsiran tahaluf siyasi Najib-Hadi pra-matang - Zahid

FMT Reporters
 December 19, 2015

Pertemuan itu hanya langkah menyatukan penganut dalam membina imej agama Islam yang baik.


PETALING JAYA: Masih terlalu awal mentafsirkan pertemuan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke arah tahaluf siyasi (kerjasama politik).

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menolak tafsiran pra-matang yang berlegar sekitar pertemuan itu, dan berkata interaksi dua presiden itu hanya langkah pertama untuk menyatukan penganut dalam membina imej agama Islam yang baik.

“Jangan tafsirkan dengan pelbagai tafsiran mengenai pertemuan berkenaan. Soal mengadakan tahaluf siyasi itu terlalu awal,” katanya, memetik laporan Bernama pada Jumaat.

Beliau berkata demikian mengulas pertemuan antara Najib dan Hadi di Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 di ibu negara, pada Khamis.

“Kita sokong langkah Perdana Menteri menghulurkan tangan kepada sesiapa sahaja yang mahu berbaik-baik dan menegakkan Islam dengan tidak mengenepikan agama lain.

“Kita hendaklah memberi gambaran baik mengenai Islam dan harus terjemah makna Islam sebenar agar yang bukan Islam faham dan hormati kita,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-