Saturday, December 19, 2015

Ujian DNA buktikan kepala dipenggal milik Bernard Then, kata KPN

by ARIANNA
2015-12-19

Polis Malaysia sudah menerima pengesahan yang sampel DNA diambil daripada kepala yang dipenggal di Jolo sepadan dengan tahanan rakyat Malaysia Bernard The Ted Fen. – Gambar FMT

The Star Online memetik Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai berkata pihak berkuasa menerima pengesahan daripada pihak berkuasa Filipina.

“Pihak berkuasa di sana memaklumkan maklumat tersebut secara lisan, dan bukan bertulis, yang kepada ditemui di Jolo sepadan dengan DNA Bernard.

“Saya mahu mengambil peluang ini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga Bernard. Kami akan mengambil langkah sepatutnya bagi memastikan penjenayah ini dihadapkan ke mahkamah negara kita,” katanya kepada pemberita di Putrajaya International Convention Centre (PICC) di Putrajaya hari ini.

Then dipenggal Abu Sayyaf, kumpulan pengganas Islam berpengkalan di Selatan Filipina, baru-baru ini.

Khalid juga menambah pihak polis sedang bekerjasama dengan Jabatan Peguam Negara untuk mengekstradisi penjenayah terlibat dalam pembunuhan Then dan membawa mereka ke muka pengadilan.

Pada Isnin, tentera Filipina menemui mayat tanpa kepala di Parang, Sulu.

Tentera yang berkawal di sekitar Sitio Lungon-lungon di Barangay Lanao Dakula menemui mayat itu sekitar jam 11 malam.

Mayat ditemui ditanam dalam sebuah kubur cetek di pinggir hutan dan sudah lama mereput, kata Jurucakap Angkatan Tentera Filipina Barat Mindanao Major Filemon Tan Jr.

Mayat itu dihantar ke Bandar Zamboanga untuk pengesahan identiti.

Then, 39 diculik kumpulan pengganas Abu Sayyad di restoran makanan laut di Sandakan, Sabah, pada 15 Mei, bersama-sama dengan pengurus restoran, Thein Nyuk Fun, 50.

Thein dibebaskan pada 8 November, tetapi Then dipancung pada 17 November selepas keluarganya dilaporkan “gagal mematuhi” permintaan kumpulan pengganas semasa rundingan wang tebusan. – TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-