Sunday, December 6, 2015

UMNO matang jemput Tun M hadiri PAU

FMT Reporters
 December 6, 2015

Kematangan UMNO dalam berpolitik jauh berbeza dengan parti-parti lain yang mendahului emosi

PETALING JAYA: Langkah UMNO menjemput Tun Dr Mahathir Mohamad pada Perhimpunan Agung UMNO 2015, Selasa ini, membuktikan parti tersebut dan pimpinannya membuat keputusan yang `matang’.

Penganalisis veteran politik, Profesor Datuk Dr Ramlah Adam berkata, biarpun dikatakan bahawa bekas Perdana Menteri itu cukup kritikal dalam mengkritik Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, namun kesudian beliau untuk hadir ke perhimpunan itu membezakan rentak parti itu dengan parti-parti lain.

“Sikap ini menunjukkan ketamadunan dan kematangan UMNO dalam berpolitik. Orang Melayu UMNO akan tegur secara terbuka atas apa sahaja isu tetapi apabila membabitkan parti mereka bersatu,” katanya yang dipetik dari sebuah laman portal.

Menurut Ramlah lagi, kematangan UMNO dalam berpolitik jauh berbeza dengan parti-parti lain yang mendahului emosi, lantaran itu, sikap tersebut perlu dipertahankan demi kelangsungan parti yang mewakili orang Melayu dan kerajaan.

Mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan, Ramlah percaya Presiden UMNO pasti secara langsung tetap akan berhadapan dengan isu-isu panas termasuk dana politik RM2.6 bilion, 1Malaysia Development, Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik dan kejatuhan ringgit.

Meskipun bukan secara terang-terangan isu itu pasti ‘diusik’ secara tidak langsung memandangkan isu berkenaan mendapat perhatian besar dalam kalangan rakyat dan orang Melayu sendiri.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-