Sunday, December 6, 2015

Zahid dakwa UMNO tak berpecah jika pecat Muhyiddin, Shafie

BANGI, Ahad – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa parti itu tidak akan mengalami ‘perpecahan parah’ jika Timbalan Presiden, Tan SriMuhyiddin Yassin dan seorang Naib Presidennya, Datuk Seri Shafie Apdal disingkirkan.

Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri yang dilantik menggantikan Muhyiddin dalam rombakan Kabinet 28 Julai lalu berkata, UMNO pernah mengalami perpecahan ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat pada 1998, tetapi beliau percaya ramai ahli kini boleh menerima keputusan Majlis Tertinggi (MT).

“Dulu parti pernah berpecah kemudian bersatu kembali. Kali ini tidak akan jadi seteruk dahulu tetapi kita perlu bekerja keras memperbaiki keadaan jika wujud perpecahan.

“Sama ada Muhyiddin dan Shafie digantung atau dipecat, setiap ahli harus menerima keputusan yang dibuat di peringkat tertinggi.

“Ia bukan keputusan seseorang tetapi keputusan bersama yang dibuat Majlis Tertinggi. Keputusan akan dibuat berdasarkan apa yang terbaik untuk parti,” katanya dalam temu bual eksklusif dengan sebuah akhbar tabloid berbahasa Inggeris.

Katanya, pemimpin UMNO sudah berjumpa dengan ahli akar umbi seluruh negeri menjelaskan masalah dalam parti dan beberapa isu lain, termasuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Kami sudah jelaskan pendirian parti dan kerajaan mengenai beberapa perkara. Walaupun sedikit lambat, sekurang-kurangnya ia lebih baik daripada tiada.

“Maklumat tidak disalurkan oleh parti kepada ahli tetapi melalui media.

“Kami sudah menjelaskan apa yang sebenarnya terjadi dan kenapa keputusan tertentu diambil. Kami menerima sokongan padu daripada semua peringkat kepimpinan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-