Thursday, December 3, 2015

Zahid rumus derma RM2.6b Najib dalam 3 minit

Zikri Kamarulzaman


Jawapan ataupun penjelasan yang ditunggu-tunggu berhubung ‘derma’ RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Najib Razak di Dewan Rakyat menjadi anti-klimaks.

Pertama, bukan sahaja Najib gagal tampil bagi menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku tetapi tanggungjawab itu diserahkan kepada ayam tambatan barunya, iaitu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Kedua, speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, ahli parlimen bukan sahaja tidak dibenarkan mengemukakan sebarang soalan tetapi mereka juga tidak boleh membahaskan jawapan atau penjelasan yang diberikan.

Ketiga, Ahmad Zahid ‘menjelaskan’ semuanya mengenai dana RM2.6 bilion itu dalam masa tiga minit.

Katanya, dana di akaun bank Najib itu kini masih dalam siasatan dan menjadi perkara yang subjudis jika ia dibincang kepada awam.

Beliau berkata, siasatan berhubung isu itu juga dijalankan dengan bebas oleh pihak yang dipertanggungjawabkan.

Laporan Lansung:

11:53an: Gobind menggunakan ‘point of order’ dan berkata bahawa dana parti mesti diisytiharkan melalui audit.

Pandikar, bagaimanapun, berkata bahawa beliau tidak boleh membiarkan persoalan itu, dan sebaliknya, mengarahkan Gobind memfailkan usul untuk membahaskan perkara berkenaan.

Dewan beransur ke usul seterusnya iaitu untuk merujuk Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

11:50am: Zahid mengakiri kenyataannya dengan mengulangi bahawa perdana menteri telah menubuhkan sebuah majlis untuk mengkaji mengawal selia derma politik.

Katnaya, isu itu kini masih dalam siasatan dan menjadi perkara yang subjudis jika ia dibincang kepada awam.

Beliau berkata, siasatan berhubung isu itu juga dijalankan dengan bebas oleh pihak yang dipertanggungjawabkan.

11:49am: Zahid ulangi bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati bahawa dana RM2.6 bilion itu adalah sumbangan dan telah mengenal pasti penderma berkenaan.

Beliau kemudian mempertahankan sumbangan itu.

"Malaysia tiada undang-undang yang mengatakan bahawa sumbangan politik mesti diisytiharkan atau tidak dibenarkan..

"Yang lain, tidak boleh berpura-pura bahawa mereka tidak perlu derma politik," kata beliau sambil menambah bahawa Najib telah berikrar untuk mengawal sumbangan politik.

Zahid berkata usaha untuk mengawal sumbangan politik bagaimanapun ditolak oleh pihak pembangkang.

11.45am: Pandikar batuk berulang-kali sebagai isyarat halus kepada Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) daripada mengganggu prosiding itu.

Beliau kemudian memberi laluan kepada Datuk Seri Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) untuk berucap. Azeez membidas pembangkang yang membuat ‘bising; apabila Zahid cuba menjawab bagi pihak Najib.

"Jika tidak mahu dengar jawapan, mereka boleh keluar," katanya.

Zahid bangun untuk mula menjawab

11.40am: Pandikar menyatakan bahawa apabila penjelasan diberikan mengikut Peraturan Mesyuarat 14 (1) (i), tiada soalan boleh dikemukakan dan tidak akan ada perdebatan.

11:35am: Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) mencelah dan berkata isu itu perlu dijawab oleh Najib sendiri, kerana ia perkara peribadi.

"Ini mesti dijawab oleh Najib bukan timbalan perdana menteri. Kami akan dapat menyoalnya," katanya dan menggesa Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk membuat keputusan.

Pandikar menjawab bahawa beliau telah memberikan pertimbangan yang sewajarnya dan mahu Zahid meneruskan penjelasan itu.

"Menteri-menteri lain juga boleh jawab kerana itu peraturan dewan. Seterusnya adalah timbalan perdana menteri," katanya.

11:33: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid berdiri untuk menjawab isu bilion RM2.6, memetik perintah berdiri 14 (1) (i).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-