Wednesday, December 9, 2015

Zahid serah pada Ku Nan umumkan tindakan terhadap Muhyiddin

OLEH KC NAZARI

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengatakan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor akan membuat pengumuman tentang nasib Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam parti Melayu itu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 9 Disember, 2015.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengatakan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor akan membuat pengumuman tentang nasib Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam parti Melayu itu.


Beliau berkata demikian sewaktu ditanya tentang kemungkinan sebarang tindakan disiplin bakal diambil terhadap orang nombor 2 Umno itu selepas Majlis Tertinggi bermesyuarat malam ini.

"Itu kita serahkan kepada setiausaha agung untuk membuat pengumuman tentangnya," kata Zahid sewaktu ditemui pemberita.

Beliau bagaimanapun menjelaskan mesyuarat MT malam ini tidak melibatkan sebarang perbincangan tentang kemungkinan tindakan terhadap Muhyiddin serta Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal.

Sementara itu, Presiden Umno Datuk Seri Nahib Razak sewaktu ditemui pemberita sekadar berkata yang mesyuarat MT malam ini berjalan dengan baik.

"It was good (Ia berjalan baik)," katanya ringkas. – 9 Disember, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/zahid-serah-pada-ku-nan-umumkan-tindakan-terhadap-muhyiddin#sthash.dzcP72vT.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-