Monday, January 18, 2016

1 lawan 1, lawan BN/Umno pada PRU14........?

"PKR pertahan prinsip 1 lawan 1, kata Azmin
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata dalam mana-mana pilihan raya, prinsip satu lawan satu perlu dipertahankan untuk menumbangkan BN and Umno.

PKR tegas mahukan prinsip 1 lawan 1 dipraktikkan dalam pengagihan kerusi sesama pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini.........."
Wak hairan juge kenapa Pakatan Harapan yang mengantikan Pakatan Rakyat masih berangan-angan mahu tumbangkan kerajaan BN/Umno. Sedangkan pada PRU13 yang lalu 'Pakatan Rakyat' yang dianggotai oleh PKR,DAP dan PAS pun gagal dalam misi mereka menumbangkan kerajaan BN/Umno.

Kini wujud pula Pakatan Harapan yang dianggotai oleh PKR, DAP dan PAN, tanpa PAS. Wak yakin Pakatan Harapan tanpa PAS pasti tidak akan memberi apa-apa tentangan terhadap kekuatan BN/Umno.

Bukan nya perkara yang mudah untuk melaksanakan cadangan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menentang BN/Umno satu lawan satu. Sebenarnya kedudukan PAN akan menjadi batu penghalang bagi program 'satu lawan satu' oleh Datuk Azmin.

Masalah utama, dimana mahu diletakkan calun-calun PAN? PAS pasti tidak akan memberi laluan kepada PAN di kawasan2 miliknya. Mampukan PKR atau DAP berkorban untuk memberi laluan di kawasan2 nya?

Walaupun PKR dan DAP sanggup berbuat demikian, PAS tidak akan berdiam diri. PAS sudah pasti akan meletakkan calun2 nya di kawasan2 yang ditandingi oleh PAN atau DAP.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-