Friday, January 15, 2016

Auta politik Rafizi dan Pakatan Angan-angan

 Berita Utama

Pasal apa nak tunggu menjelang PRU14 baru nak ketengahkan?

Lawak betul bila ikrar sekarang tapi nak buat sesi terang-terangan kena tunggu menjelang PRU dulu. Susah sangat ke you all nak buat pendirian bersama?

(Hmm … kali terakhir nak buat kenyataan bersama pun tunggang langgang jadinya …)

Helo brader, PRU14 lambat lagi la. Kami rakyat Malaysia nak tahu sekarang juga apa you all punya pandangan dan pendirian tentang Melayu dan Islam.

Dalam isu dedah sana dedah sini pasal pincang, rasuah, good governance dan segala mak nenek, tak sabar pula nak segera.

Tiba-tiba baru tersedar bahawa Melayu dan Islam penting juga ya.

Selama ini yang kamu semua perjuangkan bukan kepentingan Melayu atau Islam rupa-rupanya.

Awat baru sekarang baru nak meroyan pasal Melayu dan Islam?

Ke kena tunggu arahan dan lampu hijau dari DAP dulu?

Sambil nak tunggu PRU14, apa kata kalau you tambahkan lagi Iikrar untuk cerita pasal pendirian parti kamu tentang DAP dan agenda rasis dan cauvinisnya.

Berani tak?

Atau kamu terkesan sangat ke dengan hasil kaji selidik yang merumuskan bahawa Melayu luarbandar telah menolak DAP, lalu kamu khuatir Melayu bandar akan tolak juga rakan sekutu kamu itu, lalu timbul ilham untuk buat akujanji, ikrar dan segala macam mantera yang meloyakan?

Kenapa, takut Melayu bandar dan luarbandar akan tolak PKR sama ke lalu terbantutlah nafsu politik untuk bersemayam di Putrajaya?

Atau PKR dah mula panik bila Presiden PAS secara tegas dan tanpa segan silu menegaskan pendirian PAS untuk menjadikan Melayu sebagai satu elemen utama dalam agenda perjuangan Islam parti itu?

Boleh percayakah ikrar dari satu kelompok parti-parti politik pembangkang yang masing-masing membawa gabungan agenda perjuangan peribadi, kekecewaan, tamak haloba, ciplakan dan tiruan memanjang, rasisme, cauvinisme, liberalisme dan evangelisme yang tidak boleh sepakat dan asyik bercanggah sesama sendiri?

Lepas tu ada hati pula nak mendabik dada kononnya kamulah Harapan nusa dan bangsa.

Pakatan Angan-Angan adalah nama yang lebih sesuai untuk kumpulan hangpa semua.

Ikrar Pakatan Angan-Angan sudah tidak boleh pakai la.

Auta politik saja brader ni.

Muhammad Luttfi Abdul Khalid
Pengerusi I-Peguam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-