Klik kelaman FB Wak Labu Farm

Monday, January 4, 2016

Bukan kali pertama Amanah terdesak

MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
4 JANUARI 2016


Tuan Ibrahim Tuan Man

SHAH ALAM -‎ Tindakan mengheret anak Allahyarham Datuk Abdul Azik Nik Mat dalam Parti Amanah Negara (Amanah) telah meninggalkan kesan besar dalam jiwa keluarga Allahyarham, kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Oleh itu, kata Tuan Ibrahim ‎dia berharap agar perkara ini tidak berulang lagi.

"Saya harap perkara ini tidak berulang kerana ini bukan kali pertama Amanah Kelantan cuba kaitkan Nik Omar dengan parti mereka.

"Kalau amanah mempunyai kekuatan, lebih baik mereka menumpukan usaha menyedari dan menarik ahli Umno dari terus menarik dan memujuk ahli Pas," katanya kepada Sinar Online hari ini.

Tuan Ibrahim berkata demikian bagi mengulas kenyataan Amanah Kelantan hari ini yang mengesahkan bahawa anak sulung Allahyarham Datuk Abdul Aziz, Nik Omar tidak menyertai Amanah Kelantan sepertimana yang didakwa parti itu sebelum ini.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, tindakan yang diambil oleh Amanah sebelum ini memalukan parti itu sendiri.

"Tindakan ini dilihat sebagai satu tindakan terdesak bagi meraih simpati orang ramai," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: ‘Ambo tidak terlibat,' kata Nik Omar]

Sabtu lalu, Nik Omar menafikan penyertaan beliau dalam‎ Amanah seperti mana yang dilaporkan portal berita.

Anak kedua bekas Mursyidul Am Pas itu enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, namun tidak‎ menolak kewujudan kepelbagaian parti, termasuk kehadiran parti Amanah dalam sistem politik tanah air.

Menurutnya, beliau lebih suka kepada gagasan penyatuan ummah dengan masing-masing membawa pendekatan meraikan satu sama lain.

Sebelum itu, dalam majlis makan malam Amanah Kelantan di Petaling Jaya, Pengarah Komunikasi Amanah Kelantan, Nordin Hussin‎ mengumumkan Nik Omar dilantik sebagai Pengerusi Panel Syariah Amanah Kelantan.