Friday, January 8, 2016

DAP : GST selamatkan Najib atau Malaysia?

Susan Loone Hari ini, 7:00 malam Hari ini, 8:11 malam


Penyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) telah menyelamatkan negara manakala Bajet 2016 akan disemak semula dipersoalkan oleh DAP.

"Semua orang terduduk disebabkan GST dan mata wang kita susut nilai. Adakah ia berbaloi?"

“GST menyelamatkan Najib atau Malaysia?” soal Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada satu sidang akhbar selepas menghadiri acara di Sidang Kemuncak Hartanah Antarabangsa 2016 di Bayan Baru, Pinang 2016 hari ini.
Lim merujuk kenyataan Najib bahawa GST telah menyelamatkan Malaysia dalam berhadapan persekitaran ekonomi yang amat mencabar.

Menteri kewangan itu berkata demikian dalam satu perjumpaan khas dengan kakitangan kementerian di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata GST menyumbang kutipan kasar sebanyak RM37.67 bilion dengan unjuran nilai bersih berjumlah RM27.126 bilion setakat Disember 2015.

Bagaimanapun Lim berkata Najib masih belum memulihkan reputasi negara apabila tidak menjelaskan percanggahan jualan tanah 1MDB di Bandar Malaysia kepada Iskandar Waterfront Holdings (IWH) Sdn Bhd dan China Railway Engineering Corporation (CREC) Sdn Bhd.

Beliau merujuk pengumuman terdahulu 1MDB bahawa firma pelaburan milik negara itu akan menerima RM7.41 bilion bagi jualan itu.
Sebaliknya, CREC mengumumkan kepada Bursa Saham Hong Kong bahawa ia membayar hanya RM5.279 bilion - perbezaan RM2.13 bilion dibandingkan dengan harga diumumkan oleh 1MDB.

Lim berkata sekiranya Najib mahu mengembalikan semula keyakinan terhadap ekonomi negara, beliau tidak harus bergantung dalam penjualan hartanah kepada syarikat asing.

"Wang sepatutnya dibelanjakan untuk pendidikan, infrastruktur, inovasi dan pengangkutan awam seperti kita lakukan di Pulau Pinang," kata Lim yang juga adalah ketua menteri negeri itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-