Thursday, January 7, 2016

Esok pilihanraya, hari ini Najib tersungkur, kata Anina

Faiz Zainudin | January 6, 2016
Sejarah membuktikan bahawa Najib hampir tewas di Parlimen Pekan dalam pilihan raya terdahulu.
PETALING JAYA: 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan tersungkur di kaki rakyat sebelum Pilihan Raya umum ke-14 (PRU-14).

Perkara itu ditegaskan, bekas ahli Wanita UMNO Bahagian Langkawi, Anina Saadudin, kerana rakyat negara ini sudah muak dengan tindak-tanduk pentadbiran beliau.

Perkara itu tidak mustahil, tegas Anina, kerana sejarah membuktikan bahawa beliau sudah hampir tewas di Parlimen Pekan dalam pilihanraya terdahulu.

“Saya nak beri tahu Datuk Seri Najib, saya harap dia mendengar, dia tidak akan sampai pada PRU-14.

“Pada PRU-12 Datuk Seri Najib nyaris-nyaris kalah di Pekan, dia menang tipis sahaja dan kalau esok pilihanraya, hari ini dia akan tersungkur,” katanya semasa wawancara bersama FMT.

Mengulas lanjut, Anina berkata, malahan ahli UMNO sendiri akan menyingkir beliau jika pemilihan parti Melayu itu diadakan dalam waktu terdekat.

Jelasnya lagi, Najib sebagai pemerintah tidak berhak memaksa rakyat untuk menyokong kepimpinannya, kerana rakyat perlu diberi pilihan untuk memilih siapa yang layak untuk memimpin negara ini.

“Pemerintah tidak boleh memaksa rakyat mengundi dia kerana pemerintah tidak menyediakan pilihan untuk rakyat. Saya nak pilih kamu tapi kamu sendiri dah macam setan,” katanya.

Dalam wanwancara itu juga, Anina turut menegur Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kerana dilihat terlalu mempertahankan Perdana Menteri daripada memperjuangkan suara wanita.

“Dia hanya menjadi Ketua Wanita UMNO untuk mempertahankan Datuk Seri Najib dan kuasanya sahaja. Dia sepatutnya menjadi ibu kepada seluruh wanita UMNO tetapi dia bersekongkol dengan penjahat yang paling jahat dalam sejarah UMNO,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-