Saturday, January 9, 2016

Jangka hayat PH panjang kalau minum tongkat ali

MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
9 JANUARI 2016

GOMBAK - Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ‎berkata, jangka hayat Pakatan Harapan (PH) mungkin akan lebih panjang sekiranya mereka mengamalkan 'meminum minum tongkat ali'.

"Jangka hayat PR saya tidak tahu, kalau diorang amalkan minum tongkat Ali mungkin panjang," katanya berseloroh ketika ditemui media di‎ Taman Melewar bersempena mesyuarat khas Pas di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (Kuizm) di Gombak hari ini.

‎Nik Amar berkata demikian mengulas masa depan perikatan itu yang turut mengadakan sidang kemuncak kepimpinan PH di Shah Alam hari ini.

PH yang ditubuhkan tahun lepas disertai oleh PKR, Amanah dan DAP, ‎sementara Pas pula mengambil pendekatan untuk bergerak solo selepas terkuburnya PR.

Banyak pihak sebelum ini menjangkakan hayat pakatan itu tidak akan kekal lama.

Salah satunya adalah Pusat Penyelidikan Pas (PPP) apabila menyatakan jangka hayat PH lebih pendek dari PR.

Kenyataan tersebut difahamkan dibuat berdasarkan kepada konflik yang berlaku antara parti-parti komponen dalam PH hari ini, ditambah lagi dengan masalah dalaman di dalam parti masing-masing, dijangkakan paling lama hayat PH boleh bertahan ialah sebaik sahaja selepas PRU 14.

Dalam pada itu ketika ditanya tentang perbincangan Pas hari ini, Mohd Amar berkata ianya perbincangan biasa yang hanya mengulas mengenai kenyataan Syura baru-baru ini.

"‎Bincang tentang penjelasan kenyataan Syura sama sahaja, apa yang disebut presiden dan apa yang diputuskan majlis Syura benda yang sama.

"Dalam pada itu, ahli menerima dengan penuh patuh, hasil perbincangan hari ini," katanya.

‎Pas hari ini mengadakan Taklimat Khas bagi membincangkan isu-isu semasa yang bermula sekitar jam 9.00 pagi.

Taklimat hari ini turut dihadiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bagaimanapun beliau meninggalkan majlis sekitar jam 12.15 tanpa sebarang komen kepada pemberita.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-