Friday, January 1, 2016

Kerajaan henti bermain dengan angka, kata Tuan Ibrahim

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, Jumaat – “Kerajaan tidak perlu bermain dengan angka dan data yang boleh dimanipulasikan.”

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata rakyat tidak ingin tahu sebarang data yang dikeluarkan kerajaan sebaliknya apa yang lebih penting ialah peningkatan kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Yang mereka tahu dan rasa harga barangan semakin mahal.

“Duit ringgit yang ada di tangan semakin kurang sehingga terpaksa berhutang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut mempersoalkan bagaimana nasib dan hidup rakyat kelak berikutan kesan daripada pelbagai konflik ekonomi dan salah urus tadbir negara oleh kerajaan hari ini.

“Ke mana hidup mereka? Sayang wang derma saudagar Arab langsung tidak tiris kepada rakyat.

“Ia mungkin kekal dalam simpanan penama sahaja,” katanya.

Mengulas lanjut Tuan Ibrahim berkata, peningkatan kos hidup menncerminkan hasil kegagalan pemerintah manfaatkan kekayaan negara untuk mengubah nasib rakyat.

“Kos pengangkutan yang sepatutnya murah menjadi sangat mahal. Rumah tidak mampu dimiliki dan harga kenderaan juga meningkat.

“Hutang seisi rumah semakin sarat dan dijangka menghampiri 90 peratus pada 2016. Segala subsidi yang ditarik balik tidak digunakan untuk manfaat rakyat,” katanya.

Sebaliknya, beliau berkata apa yang dicipta oleh kerajaan hanyalah bebanan baru seperti 1MDB dan hutang negara yang mencecah lebih RM700 bilion.

“Dalam keadaan ini, dipercayai kerajaan tidak akan mengendahkan pandangan dan bantahan rakyat termasuklah TPPA.

“2015 akan ditinggalkan dengan kecelaruan parti-parti politik. Semua menzahirkan masalah dalaman dan berkecamuk,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-