Wednesday, January 6, 2016

M Daud Kilau beransur pulih selepas dimasukkan ke hospital

by ANA GHOIB 
2016-01-06

Penyanyi veteran Datuk Mohd Daud Kilau, 77, atau lebih dikenali sebagai M Daud Kilau yang dimasukkan ke Hospital Teluk Intan sejak Ahad lepas, kini semakin pulih.Gambar Sinar Harian

Penyanyi lagu Cek Mek Molek dan Gila Judi berasal dari Kampung Sungai Balai, Bagan Datoh itu dimasukkan ke hospital selepas mengalami komplikasi membuang air kecil.

Ketika ditemui pemberita di hospital berkenaan hari ini, ‘Raja Gelek Malaysia’ itu dilihat beransur pulih, malah yakin akan sembuh dalam masa terdekat selepas menerima rawatan, dan seterusnya kembali bertemu peminat.

“Saya juga meminta peminat, rakan serta rakyat Malaysia mendoakan kesihatan saya agar baik kerana saya tidak akan mengalah selagi kudrat masih ada untuk menghiburkan peminat,” katanya sambil ditemani anak lelakinya, Ahmad Zaini.

Sementara itu, Zaini, 44, berkata bapanya dimasukkan ke wad selepas mengadu sukar membuang air kecil.

“Bila ayah mengadu, kami segera membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan, tetapi doktor menyarankan ayah dimasukkan ke wad bagi pemeriksaan rapi,” katanya dan menambah bapanya menghidap kencing manis dan masalah buah pinggang. – Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-