Klik kelaman FB Wak Labu Farm

Wednesday, January 6, 2016

Minta 34 kerusi PBT Selangor, AMANAH dapat 8 saja

Pembahagian kerusi ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) selesai hasil perbincangan dalam majlis mesyuarat kerajaan negeri yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini.

Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baharu, Ean Yong Hian Wah berkata, parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara (AMANAH) diperuntukkan lapan daripda 288 kerusi PBT itu.

Katanya, pembahagian itu hasil persetujuan antara PKR, PAS dan DAP tetapi enggan mendedahkan parti mana yang menyerahkan peruntukkan mereka kepada AMANAH.

"Tidak penting untuk tahu parti mana yang serahkan kerusi untuk AMANAH tapi perkara ini telah diputuskan kerajaan negeri,” katanya yang dipetik akhbar Sinar Harian selepas mesyuarat itu.

Sebelum ini, AMANAH mengemukakan permohonan untuk 34 kerusi dengan dua ahli majlis untuk setiap PBT namun diluluskan hanya lapan kerusi sahaja.

Pemimpin DAP itu berkata, buat masa ini lima kerusi sah milik AMANAH, antaranya ialah Sepang, Kuala Langat, Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

"Penggal baharu 2016-2017akan bermula 15 Januari ini dengan 288 kerusi akan diisi namun berbaki dua lagi kerusi milik PKR dan DAP yang belum diputuskan nama ahli majlis di Petaling Jaya dan Kuala Langat,"

"286 kerusi sudah dimuktamadkan bagaimanapun sebelum 15 Januari ini semua senarai nama akan dipenuhkan," katanya lagi.