by ARIANNA2016-01-03
PAS akan berhenti melawan Umno dengan perasaan emosi dan amarah, sebaliknya menggantikannya dengan ilmu, iman dan kematangan, kata Ketua Dewan Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz. – Gambar FMT
PAS akan berhenti “melawan” Umno dengan perasaan emosi dan amarah, sebaliknya menggantikannya dengan ilmu, iman dan kematangan, kata Ketua Dewan Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
Menulis posting di laman Facebook beliau, anak bekas mursyidul am PAS itu berkata, perubahan tersebut merupakan penambahbaikan dalam parti Islam itu, selaras dengan tuntutan Islam.
“Berakhir dalam PAS era melawan Umno dengan emosi dan amarah. Bermulalah melawan Umno dan semua pemuka kemungkaran dengan ilmu, iman dan kematangan.
“Itulah penambahbaikan dalam PAS melalui proses tajdid yang dituntut ugama. Dengannya, PAS akan lebih kuat dan lebih bersedia memimpin negara,” kata Nik Abduh semalam.
Bagaimanapun, posting ahli Parlimen Pasir Mas itu dilihat banyak menerima komen negatif daripada orang ramai yang mempertikaikan kenyataannya itu.
Pengguna Facebook, Siti Fauziah Sh Ali menulis:”Tapi dengan Mat Sabu, dengan Salahuddin Ayub, dengan Khalid Samad, takda pula guna ilmu dan kematangan ya,” merujuk beberapa nama bekas pemimpin PAS yang kini menganggotai Parti Amanah Negara.
Abdul Razak Nordin pula menulis:”Jangan lupa tuntut royalti minyak. Jangan kerana gencatan senjata sampai lupa nak tuntut royalti minyak. Hudud dah kena tipu. Jangan sampai kena tipu lagi. All the best.”
Faeez Azahar pula menulis:”Mustahil sebelum ini, sejak penubuhan, PAS lawan Umno sebab emosi. Sekarang baru dengan iman ya?”
Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan menegaskan, parti itu bersedia berperanan sebagai penasihat bagi membantu kerajaan Barisan Nasional (BN) mentadbir negara dengan sebaik-baiknya demi kepentingan rakyat.
Kerjasama antara PAS dan Umno rancak diperkatakan akhir-akhir ini dengan yang terbaru, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga presiden Umno menawarkan kerjasama dengan parti Islam itu di Perhimpunan Agung Umno pada November.
Najib sekali lagi mengulangi tawarannya kepada PAS pada Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar bulan lalu. – The Malaysian Insider
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
kosmo.com.my Oleh KOSMO! 10 April 2024 Gambar hiasan PETALING JAYA – Segelintir umat Islam di negara ini memilih untuk meneruskan ibadah pua...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Apr 18, 2024 2:15 PM Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan pada dasarnya bersetuju untuk m...
-
bharian.com.my Oleh Muhammd Zulsyamini Sufian Suri bhnews@bh.com.my - April 18, 2024 @ 10:42am Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Moha...
-
Anne Muhammad Diterbitkan 25 Jul 2018, 8:13 malam Perpaduan dua parti Melayu - Umno dan PAS - sebenarnya boleh dilakukan namun terhal...
-
Dulu Wak ada dengar sorang MB yang suka dengan penyapu. Akhir nya dia pun kena sapu juge. Hingga terjatuh di timpa tangga. Sekarang kita d...
-
bharian.com.my Oleh Mohd Anwar Patho Rohman wananwar@bh.com.my Januari 8, 2023 Gambar fail, Perhimpunan Agung UMNO. - Foto Arkib NSTP M...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Apr 7, 2024 7:18 PM Pengeluar kasut Vern’s Holdings Sdn Bhd menjelaskan rekaan logo pada tapak kasut syarikat...
-
bharian.com.my April 5, 2024 @ 10:03pm Umat Islam berbuka puasa di dalam madrasah yang juga berfungsi sebagai masjid di Kampung Nayabans. - ...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Mar 16, 2024 2:58 PM Pemuda Umno akan membuat laporan polis berhubung kontroversi penjualan stoking tertera k...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.