Saturday, January 16, 2016

Pas mampu jadi lebih kuat jika tidak bergabung

NOR AZIHAN MD GHAZALI‎
16 JANUARI 2016


SHAH ALAM - Pas akan jadi lebih kuat berbanding parti lain di negara ini sekiranya tidak bekerjasama dengan Umno dan Pakatan Harapan.

Penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata, Pas bersendirian kini selepas Pakatan Rakyat (PR) dibubarkan.

“Namun begitu, tidak mustahil penyokong Umno yang kecewa dengan parti itu akan beralih arah menyokong Pas jika Pas tidak bergabung dengan Pakatan Harapan.

“Saya yakin Pas akan jadi lebih kuat berbanding Umno dan Pakatan Harapan kerana kekuatan Pas sudah berjaya dibuktikan sebelum ini di mana Pas pernah menawan Perak, Terengganu, Kedah dan masih mentadbir Kelantan hingga kini,” katanya.

Beliau yang juga bekas pensyarah Pusat Pengajian Sains dan Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, Amanah tidak mampu menyaingi Pas kerana kedudukan Pas lebih kukuh dan persembahannya juga sudah diketahui umum.

“Walaupun Amanah diberi peluang dalam pentadbiran Kerajaan Selangor, ia tak mampu menjejaskan Pas yang ternyata masih utuh.

“Amanah parti yang baru nak bergerak, orang belum yakin dengan Amanah sebab belum tahu dia punya gaya persembahannya,” katanya.

Menurutnya, selagi Pas bersendirian dan tidak bergabung dengan mana-mana parti, pihaknya yakin Pas boleh menambah bilangan kerusi pada PRU14 termasuk mengekalkan kerusi yang dimenangi mereka.

“Pas dilihat mempunyai pendirian kukuh apabila berkali-kali menyatakan pendirian bahawa mereka akan mempertahankan kerusi mereka daripada Amanah.

“Saya juga tidak menolak kemungkinan akan berlaku pertandingan tiga penjuru pada PRU14 nanti antara Pas, Umno dan juga Pakatan Harapan.

“Pertandingan tiga penjuru ini nyata akan memberi peluang besar kepada Pas,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-