Friday, January 8, 2016

PAS S'gor himpun jentera p'raya Ahad ini

PAS Selangor akan menghimpunkan jentera pilihan rayanya di ijtimak pilihan raya Ahad ini bertempat di Stadium Tertutup Kuala Selangor.

"Dianggarkan seramai 5,000 wakil cawangan PAS dari seluruh negeri Selangor akan hadir," kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad.

"Tujuan himpunan tersebut adalah untuk memberi taklimat tentang gerak kerja pilihan raya terkini yang perlu dilaksanakan di semua peringkat," katanya dalam satu kenyataan hari ini .

Memandang Selangor adalah negeri yang penting, katanya, kedua-dua presiden dan timbalan presiden PAS akan turut hadir.

Perasmian ijtimak itu akan dilakukan oleh timbalan presiden PAS manakala penutup oleh presiden PAS.

Menurut Iskandar, taklimat tersebut adalah penting kerana pilihan raya umum yang akan datang dijangka berlangsung dalam masa kurang dari dua tahun.

"Penerangan tentang isu-isu terkini juga akan diadakan pada perhimpunan tersebut.

"Pelan tindakan pilihan raya PAS Selangor juga akan dilancarkan di perhimpunan itu.

Program ini akan dikendalikan oleh Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh Mohd Haslin Hassan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-