Friday, January 8, 2016

PBT hanya taktik PAN mendapat pengiktirafan di Selangor ?

JANUARY 8, 2016 AIDCNEWS


AIDCNews – 08/1/16 –
Ahli PAS Kelana Jaya, Ahmad Mokhtar Ali mendakwa strategi Parti Amanah Negara (PAN) menuntut kouta dalam pihak berkuasa tempatan (PBT) bukan semata-mata berdasarkan bilangan tetapi mahu mendapatkan pengiktirafan bertapak di Negeri Selangor.

Kenyataan penuh Ahmad Mokhtar :
Ramai yang tidak melihat game PAN dan PKR dan bagaimana YB Iskandar terperangkap. Ramai yang rasa megah dengan YB Iskandar yang konon-kononnya telah mempertahankan kerusi Ahli Majlis (AM) PAS.

Apabila diisytiharkan, PAS mengekalkan sebanyak 68 kerusi AM dan PKR telah menyerahkan 8 kerusi Ahli Majlis kepada PAN.

Kemudiannya YB Khairudin Othman, SU Perhubungan Negeri Selangor yang telah dibela oleh YB Iskandar telah mengarahkannya supaya mengeluarkan kenyataan berterima kasih kepada Azmin Ali dan PKR tanpa disedari.

Di sebalik tabirnya, sedar atau tidak, PAN telah mendapat pengiktirafan daripada kerajaan Selangor. Itu target utama PAN dan ia sudah tercapai. Bukti yang jelas menunjukkan YB Iskandar telah dikencing oleh PKR dan PAS terperangkap dengan politik murahan PAN dan PKR disebabkan beberapa faktor berikut:

1. Kalau setakat mahukan kerusi, maka PKR boleh berikan kerusi itu tanpa diatas nama PAN. Itu langsung tiada masalah bahkan lebih harmoni. Tetapi dengan cara ini PAN tidak mendapat pengiktirafan.

2. Setakat PAS pertahankan kerusi AM sebanyak 68 kerusi, manakala PKR pula telah serahkan sebanyak 8 kerusi kepada PAN, ia dibaca oleh orang awam dari 2 sudut:

i- PAS tamak kerusi dan keras kepala serta tidak ada unsur toleransi.
ii- PKR murah hati dan bertoleransi.

Padahal rakyat Selangor tidak mengetahui hakikatnya PKR mempunyai lebih 120 kerusi AM manakala PAS ada 73, iaitu dinaikkan sebanyak 5 kerusi berbanding 68 kerusi AM sebelum ini. Daripada 5 kerusi yang dinaikkan ini, maka semuanya telah diberikan kepada PAN. Dengan kata lain, PAN hanya mendapat 3 kerusi PKR daripada 120 lebih secara keseluruhan manakala PAN mendapat 5 kerusi daripada PAS secara paksa.

Yang paling selamat ialah kerusi DAP. Itu bodohnya YB Iskandar atau memang dia perbodohkan rakyat demi mempertahankan kedudukannya sebagai Exco. Pas Pusat wajar menyiasat perkara ini demi maruah Pas itu sendiri.

Bukti yang seterusnya ialah, keputusan mesyuarat perhubungan untuk keluar daripada Selangor jika PKR ambil kerusi PAS untuk diberikan kepada PAN langsung tidak disuarakan oleh YB Iskandar sewaktu pertemuan dengan wakil-wakil parti.

Sedangkan mesyuarat perhubungan Selangor telah memutuskan bahawa PJ mestilah membuat kenyataan akhbar untuk bersedia mengkaji kedudukan PAS di dalam kerajaan Azmin jika PAN diberikan tempat di dalam kerajaan Selangor, bukannya jika PAN ambil kerusi PAS. YB Iskandar tidak melaksanakan keputusan mesyuarat perhubungan bahkan beliau telah bertindak sebaliknya.

Semua perkara ini berlaku disebabkan oleh YB Iskandar yang sayangkan kedudukannya sebagai Exco, bukan untuk mempertahan serta mempertegaskan prinsip parti. Sebab itu PAS kehilangan satu demi satu kerusi, bermula daripada EXCO, sehinggalah kepada masjid. Dan terbaru ialah Ahli Majlis dan selepas ini ketua kampung pula.

Saya menyeru supaya YB Iskandar digugurkan sebagai PJ dan YB Dr Yunus sepatutnya mengambil alih tampuk sebagai PJ.

Ahmad Mokhtar Ali,
Ahli PAS Kelana Jaya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-