Tuesday, January 12, 2016

Penyokong PAN dakwa hayat PAS berakhir di Selangor

AIDCNews – 11/1/16 –Penyokong Parti Amanah Negara (PAN) mendakwa hayat PAS akan berakhir di Selangor.

Menurut penyokong PAN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14), PAN yang termasuk dalam salah satu kompenan Pakatan Harapan (PH) akan menggantikan PAS untuk berlawan dengan Barisan Nasional di Selangor

“Hayat PAS akan berakhir di Selangor. Pertembungan sebenar di Selangor ialah antara PH menentang BN.

“Insya Allah kita akan mengekalkan kemenangan di Selangor bersama PH,”kata ‘Ustaz Ahmad Awang Supporters‘ dalam Facebooknya semalam.
Ia merujuk kepada laporan The Malaysian Insider, 10 Jan bertajuk “PAS Selangor akui 8 kerusi terancam PRU14

Laporan itu memetik kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad yang mengakui 8 kerusi mereka di negeri itu terancam kerana terpaksa berdepan dengan Umno dan DAP pada PRU 14.

Bagaimanapun, Iskandar menegaskan jentera pilihan raya PAS perlu digerakkan untuk mempertahankan kerusi sedia ada dan mempertimbangkan 5 lagi kerusi baharu di negeri itu.

“Kita baru kesan 2 dan DAP pun dah umum melalui senarai nama ahli majlis yang akan jadi calon mereka nanti.

“Kita juga pertimbangkan 5 kerusi baharu sebab kajian yang dibuat, PAS boleh menang,” kata Iskandar yang juga Naib Presiden PAS dalam ucapan sempena Ijtima’ Pilihan Raya PAS Selangor di Stadium Tertutup Kuala Selangor pada Ahad, lapor The Malaysian Insider yang memetik sumber Sinar Harian.

Pengerusi DAP Selangor Tony Pua pada tahun lalu dilaporkan berkata, parti itu sudah bersiap sedia untuk bertanding di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) PAS di Selangor.

Bagaimanapun, Pua berkata perkara itu akan diperhalusi dalam mesyuarat Pakatan Harapan Selangor terlebih dahulu.

Pua turut menyebut kerusi-kerusi DUN PAS yang bakal ditandingi DAP ialah Taman Templer, Lembah Jaya, Sri Serdang, Meru, Cempaka, Dusun Tua, Tanjung Sepat dan Paya Jaras.

Amanah Jelaskan Sebab DAP Mahu Rampas 8 Kerusi Milik PAS Selangor

PRU 14, Tiada Lagi PAS Dalam Kerajaan Selangor – Tony Pua

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-