Tuesday, January 5, 2016

Perang rasuah, ketirisan dan pembaziran agenda utama Amanah

Mohamad Fadli | January 5, 2016

Amanah juga mahu sistem cukai yang menindas rakyat ditentang


PETALING JAYA: Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan memerangi rasuah, ketirisan dan pembaziran menjadi agenda utama parti itu.

Presidennya, Mohamad Sabu berkata usaha itu perlu bagi mengelakkan negara daripada menghadapi masalah seperti kemuflisan dan kemiskinan rakyat akibat sikap boros pemimpin.

“Semua pihak perlu berganding bahu memberi penerangan bersungguh-sungguh kepada rakyat tentang apa yang sedang berlaku dalam negara ini dan menjadikan ia sebagai subjek utama penerangan.

“Rakyat perlu difahamkan bahawa negara akan bankrap dan rakyatnya akan menjadi miskin kerana rasuah dan pemborosan oleh pemimpin negara yang terus-terusan berlaku. Yang kaya hanya pemimpin tertentu, penguasa dan pentadbir sedangkan rakyat semakin hari semakin miskin,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mengulas lanjut, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata Amanah juga mahu sistem cukai yang menindas rakyat perlu ditentang.

“Rakyat perlu tahu ke mana wang cukai mereka dibelanjakan dan bukan diambil untuk pemborosan dan pembaziran oleh pemimpin negara.

“Amanah menyeru ahli dan penyokong di segenap peringkat untuk terus membangkitkan isu rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa serta salah guna kuasa yang berlaku dalam negara,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-