Friday, January 8, 2016

Persidangan Pimpinan Pakatan Harapan dijangka sarat dengan idea baru

KUALA LUMPUR 8 JAN: 
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng antara pemimpin utama yang bakal menyampaikan ucaptama pada Persidangan Pimpinan Pakatan Harapan, esok.

Turut berbuat demikian ialah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu sebelum gimik pelancaran perjanjian Pakatan Harapan dibuat.

Perjanjian itu turut dibentang ketiga-tiga parti gabungan yang bakal disampaikan Setiausaha AGung PKR, Rafizi Ramli; Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke dan Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir.

Sesi perbahasan wakil dari ketiga-tiga parti gabungan juga dijangka sarat dengan pelbagai idea bagi membebaskan rakyat dari cengkaman pemerintahan UMNO BN.

Persidangan itu dijadual bermula jam 8 pagi di Dewan Plenari, SACC Mall di Shah Alam dekat sini dan dijangka berakhir jam 12 tengah hari.

Perjanjian itu yang bakal dimeterai itu memfokus tujuh perkara utama yang menjadi pra-syarat kepada pembinaan sebuah kesatuan politik mampan antara ketiga-tiga parti.

Rundingan dan perbincangan untuk memuktamad perjanjian berkenaan bermula sejak pertengahan Oktober 2015 sejurus selepas Pakatan Harapan dilancarkan.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat yang dianggotai DAP, PKR dan PAS sebelum sebahagiannya menubuhkan Amanah, terkubur berikutan pelanggaran perjanjian berkaitan isu hudud

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-