Friday, January 1, 2016

Polis lebih ramai daripada peserta himpunan penutup 2015

OLEH KC NAZARI
Published: 1 January 2016 7:10 AM

Demonstrasi #ShutDownSungaiBesi anjuran Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) di plaza tol Sungai Besi malam tadi menyaksikan bilangan anggota polis bertugas mengawal keadaan jauh lebih ramai daripada peserta yang berhimpun.Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 1 Januari, 2016.

Peserta berhimpun di tepi stesen minyak Petron selepas plaza tol menghala ke Kuala Lumpur hanya muncul pada 11 malam walaupun himpunan dijadualkan bermula pada 9 malam.

Sementara itu, kehadiran anggota polis mula kelihatan di tepi jalan kira-kira 2km sebelum plaza tol lagi.

Berdasarkan perkiraan The Malaysian Insider, peserta himpunan dianggarkan tidak lebih 100 orang sementara anggota polis dianggarkan berjumlah 500 orang.

Tinjauan The Malaysian Insider mendapati, selain anggota polis beruniform biru gelap, turut kelihatan anggota berpakaian preman serta polis trafik yang berkawal di setiap pondok plaza tol seawal jam 6 petang.

Seorang polis trafik bertugas berkata, mereka dikerah bersedia di plaza tol ini sejak jam 2 petang.

Sementara itu, beberapa pemimpin Amanah seperti Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin dan Timbalan Ketua Pemuda Amanah Mohd Faiz Fadzil berucap kepada peserta di tepi jalan raya.

Mereka antara lain mengkritik kenaikan harga tol, harga barangan serta Perjanjian Perdagangan Trans Pasifik (TPPA) dalam ucapan mereka.

Jurucakap himpunan Shazni Munir Mohd Ithnin sewaktu ditemui wartawan berkata, perhimpunan itu satu permulaan kepada perhimpunan lain yang akan berlangsung pada 2016.

Peserta mula bersurai sekitar 11.45 malam dan tiada sebarang tangkapan dilakukan polis. – 1 Januari, 2016.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/polis-lebih-ramai-daripada-peserta-dalam-himpunan-penutup-2015#sthash.VpyVsvUA.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-