Monday, January 4, 2016

Sarawak Report sahkan Anwar ada hubungan dengan pengganas Timur Tengah

KUALA LUMPUR: Portal Sarawak Report baru-baru ini mendedahkan hubungan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan beberapa kumpulan yang dilaberlkan sebagai pengganas oleh Amerika Syarikat.

Blog Lim Sian See menjelaskan, laporan Sarawak Report itu dibuat berdasarkan pendedahan salah satu emel yang ditulis oleh Nawaf Obaidi, adik kepada CEO Petro Saudi, Tarek Obaidi, kepada Timbalan Penasihat Sekuriti Kebangsaan bagi Hubungan Ekonomi Antarabangsa, Jawatankuasa Sekuriti Kebangsaan US, Michael Froman.

Emel tersebut menyebut bahawa Nawaf telah melakukan risikan dan mendapati Anwar mempunyai hubungan rapat bersama rangkaian Muslim Brotherhood (Ikhwan Muslimin) yang dilabelkan Amerika sebagai kumpulan pengganas.

“Lebih mengejutkan, kami mendapati bukti hubungan Mr Ibrahim (Anwar) bersama pemimpin ideologi tersebut dan pembiaya pertubuhan tersebut diseluruh negara, seperti Youssef Al Qaradawi, Yassin Qadi, Youssef Nada dan ramai lagi.

“Institut Pemikir Islam Antarabangsa di Virgina yang diserbu beberapa kali oleh pihak berkuasa pada beberapa tahun sebelum ini dan pusat pembiayaan utama di Amerika juga dinaungi Anwar,” kata laporan tersebut.

Angkatan Ikhwan Muslimin diharamkan di Mesir selama 85 tahun dan dibeberapa negara di seluruh negara. - mD

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-