Monday, January 18, 2016

'Saya akan bincang belakang tabir dengan Pas'

ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD
18 JANUARI 2016


Rafizi Ramli - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDDIN ABDUL RAHIM

KUALA LUMPUR - PKR akan mengadakan pertemuan dengan Pas dalam bagi menyelesaikan isu yang berbangkit di antara mereka.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata, pihaknya sedia maklum mengenai amaran yang dibuat Pas bahawa akan memutuskan tahaluf siyasi bersama mereka.

Menurut beliau, PKR akan mengadakan perbincangan bersama kepimpinan tertinggi parti itu dan biro politik mereka sebelum bertemu dengan Pas.

"Saya baca (kenyataan itu), saya sedia maklum dan akan bncang di peringkat kepimpinan parti. Apa pendirian PKR? Sebaiknya kita bersatu menolak Umno dan BN.

"Isu ini (amaran) ini akan dibincangkan oleh pimpinan parti bersama biro politik kmudian kita akan berbincang belakang takbir denganPas," katanya pada sidang media, hari ini.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, adalah lebih baik semua parti pembangkang bersatu daripada bertelagah sesama sendiri.

Semalam, Pas Kelantan secara rasmi telah mengeluarkan surat amaran kepada PKR supaya tidak membuat sebarang hubungan dengan Parti Amanah Negara (Amanah) di negeri itu.

Sebelum ini, Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata Pas tidak teragak-agak untuk memutuskan kerjasama politik dengan PKR sekiranya parti itu mengkhianati mereka.

Pada 9 Januari lalu, secara rasminya, PKR, DAP dan Parti Amanah Negara meterai perjanjian bersama dalam Pakatan Harapan sekaligus menunjukkan Pas terkeluar daripada blok pembangkang itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-